Saturday 20 April 2013

Pertandingan 9 Sebelah Di Kupang Baling



 Tamat Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah dengan Pasukan PakLang 'A' menewaskan Pasukan PakLang 'B' dengan sepakan penalti..
 Kedua-dua pasukan dari Serai United FC Padang Serai.  



Pengurus Pasukan PakLang 'A dan B'


Veron ( dua dari kanan ) 'Hero' Pasukan PakLang 'B'


Pemain PakLang 'A' menyempurnakan sepakan penalti separuh akhir.


Perbincangan antara pemain-pemain Pasukan PakLang 'A' sebelum perlawan Akhir.

Friday 19 April 2013

PERASMIAN GELANGGANG FUTSAL 1 MALAYSIA TAMAN SERAI WANGI FASA 1

MAJLIS FUTSAL MESRA BELIA PERINGKAT PARLIMEN PADANG SERAI DAN PERASMIAN GELANGGANG FUTSAL 1 MALAYSIA TAMAN SERAI WANGI FASA 1 PADA 10 MAC 2013 HARI AHAD. TELAH DIRASMIKAN OLEH PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH YBHG TUAN HAJI AZIZ BIN HAJI HAMID. TURUT HADIR PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH KULIM, PENGERUSI SURAU NURUL IMAN, JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA TAMAN SERAI WANGI DAN TETAMU JEMPUTAN YANG LAIN.










GELANGGANG FUTSAL 1 MUKIM TAMAN SERAI WANGI PADANG SERAI KEDAH


GELANGGANG FUTSAL 1 MUKIM TAMAN SERAI WANGI PADANG SERAI KEDAH SIAP DIBINA 99%. GELANGGAGNG INI TELAH DIBINA OLEH SYARIKAT KONTRAKTOR MUTIARA KRISTAL DARI TANJUNG BELIT PADANG SERAI. KOS KESELURUHANNYA ADALAH BERNILAI RM 79,000.00. GELANGGANG INI TIDAK DIBEKALKAN LAMPU DAN TANDAS. IANYA HANYA GELANGGANG SAHAJA. LEPAS INI PIHAK PENGURUSAN SUFC AKAN MEMBUAT KERTAS KERJA MEMOHON PEMASANGAN LAMPU DAN TANDAS. INSYAALLAH.









Assalamualaikum..

Kepada sahabat-sahabat serta ahli-ahli Kelab Bola Sepak Serai Wangi FC serta orang ramai yang bermain bola di padang bola sepak Serai Wangi Fasa 1. Ini adalah Blog bagi Persatuan Kelab Bola Sepak Serai United FC yang baru sahaja diaktifkan setelah sekian lama kita tidak mempunyai laman Web rasmi atau Blog dan kini Kelab Bola Sepak Serai United FC telah pun mempunyai Blog kelab sendiri. Di minta kepada semua ahli kelab untuk melawat blog ini serta memberi cadangan dan gambar yang disimpan oleh rakan-rakan supaya boleh di upload ke dalam blog ini untuk dikongsi bersama-sama rakan-rakan yang lain. Admin harap kita dalam satu pasukan dapat berkerjasama dalam memajukan lagi Kelab Bola Sepak Serai United FC. 
Sekian sahaja dari saya. Admin.