Sunday 15 March 2015

Sila lawati account FB kami di https://www.facebook.com/pages/Serai-United-FC/1549770861963401
Perlawanan persahabatan Serai United FC vs Pasukan dari Lunas.Bertempat di Padang Sekola Menengah Lunas jam 5:30pm pada 15 Mac 2015. Semua pemain diminta hadir.

Friday 25 October 2013



KEJOHANAN LIGA SUKAN UNTUK SEMUA(LSUS) PERINGKAT NEGERI KEDAH (ACARA BOLASEPAK 9 SEBELAH PIALA YB TUAN AMINUDDIN BIN OMAR EXCO BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH PADA 26 OKT 2013). PENGANJUR JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH DENGAN KERJASAMA PERSATUAN BOLA SEPAK DAERAH KULIM DAN SERAI UNITED FOOTBALL CLUB (SUFC). SEMUA WARGA KULIM DAN PADANG SERAI SERTA KAWAN-KAWAN FB DIJEMPUT HADIR BAGI MENYAKSIKAN PASUKAN PILIHAN DARI SELURUH DAERAH NEGERI KEDAH.

Wednesday 18 September 2013



Assalamualaikum..

Terima kasih kepada semua ahli Kelab Persatuan Bola Sepak Serai United di atas usaha anda semua serta kejasama yang telah anda berikan. Admin ada cerita baru berkenaan kertas kerja yang telah di hantar kepada Pejabat Exco Sukan Negeri Kedah bagi menganjurkan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah antara daerah-daerah di dalam negeri Kedah. Untuk makluman kepada semua ahli, pihak Exco Negeri Kedah telah pun bersetuju memberi kepercayan kepada Kelab Bola Sepak Serai United untuk menganjurkan pertandingan tersebut pada 2 November 2013 akan datang. Dan pihak Exco telah meletakkan beberapa syarat kepada Persatuan Bola Sepak Serai United dan syarat-syarat tersebut akan dibincangkan dari semasa ke semasa. Dengan peluang yang telah diberikan oleh Exco Negeri Kedah kepada Kelab S.U FC diharapkan semua ahli serta ajk-ajk yang bakal dilantik untuk pertandingan itu nanti dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin bagi nama baik Kelab Bola Sepak Serai United FC
(S.U FC)

Sekian,

"BERSUKAN AMALAN YANG SIHAT"






Tuesday 17 September 2013


Assalamualaikum...

Selamat bertemu kembali. Tamat sudah segala konflik dan spekulasi yang berlaku di dalam Persatuan Kelab Bola Sepak Serai United ( S.U FC ) yang berlaku kebelakangan ini. Setelah sekian lama semua ahli kelab serta ahli jawatankuasa bergelut menghadapi masalah dalaman dan akhirnya masalah ini dianggap sudah pun selesai setelah satu Mesyuarat Agung Tergempar telah diadakan pada 15 September 2013 (Ahad) lalu. Kesemua ahli jawatankuasa baru telah pun dilantik melalui sistem undian yang terdiri daripada ahli-ahli kelab yang hadir pada malam mesyuarat tersebut. Carta Organisasi AJK baru admin akan upload dalam tempoh beberapa hari lagi. Di minta kepada semua ahli jawatankuasa yang baru dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik serta amanah bagi dan saling bantu membantu demi menjaga imej Kelab Bola Sepak Serai United ( S.U FC ) dan sukan Bola Sepak Malaysia. Akhir kata dari saya, 

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Sekian.
Wassalam.

Friday 12 July 2013

TERIMA KASIH 
KEPADA SEMUA AHLI JAWATANKUASA DAN AHLI-AHLI  SUFC KERANA
BEKERJASAMA MELAKSANAKAN PERTANDINGAN
 BOLA SEPAK 9 SEBELAH TERBUKA KALAH SINGKIR
 PIALA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
 PADA 7 JULAI 2013 BERTEMPAT DI PADANG BOLA SEPAK
 TAMAN SERAI WANGI FASA 1 
PADANG SERAI KEDAH. 


 Kesemua Pegawai sedang menanti Perlawanan Akhir 
Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah dimulakan



Ucapan Rasmi yang disampaikan oleh 
YBHG Tuan Haji Aziz B Haji Hamid Pengarah JBSNK


Lagu Negaraku dinyanyikan sebelum bermulanya perlawanan akhir.

 
 

Bergambar kenangan di antara kedua-dua pasukan bersama-sama
Pegawai Jemputan yang hadir sebelum perlawanan dimulakan oleh Pengadil Perlawanan.


Ketua Pasukan memperkenalkan pemain-pemain 
kepada YBHG Tuan Haji Aziz B Haji Hamid Pengarah JBSNK



JUARA Pasukan Dari SG Karangan menjadi Juara pada Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Kalah Singkir Piala Pengarah Belia dan Sukan Negeri Kedah.
 

NAIB JUARA Pasukan Kulim Brother FC dari Pekan Kulim.



Berpuas hati kedua-dua pasukan berkongsi wang tunai RM500 di tempat Ketiga dan Keempat.



Akhir sekali Admin nak ucapkan ribuan Terima Kasih kepada mana-mana pihak yang telah bekerjasama bagi menjalankan aktiviti ini. Terutamanya kepada semua AJK-AJK yang telah dilantik bagi menjalankan tugas dan telah menjalankan tugas dengan begitu baik Jutaan Terima Kasih kepada anda semua. Tidak lupa setinggi-tinggi Perhargaan kepada Skuad Perodua dan Proton yang sudi datang untuk memeriahkan lagi Kejohanan pada kali ini. Sekian sahaja dari Admin. 
Terima Kasih
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 
kepada semua umat islam.


Lepas Raya Jumpa Lain.. Assalamualaikum.