Tuesday 17 September 2013


Assalamualaikum...

Selamat bertemu kembali. Tamat sudah segala konflik dan spekulasi yang berlaku di dalam Persatuan Kelab Bola Sepak Serai United ( S.U FC ) yang berlaku kebelakangan ini. Setelah sekian lama semua ahli kelab serta ahli jawatankuasa bergelut menghadapi masalah dalaman dan akhirnya masalah ini dianggap sudah pun selesai setelah satu Mesyuarat Agung Tergempar telah diadakan pada 15 September 2013 (Ahad) lalu. Kesemua ahli jawatankuasa baru telah pun dilantik melalui sistem undian yang terdiri daripada ahli-ahli kelab yang hadir pada malam mesyuarat tersebut. Carta Organisasi AJK baru admin akan upload dalam tempoh beberapa hari lagi. Di minta kepada semua ahli jawatankuasa yang baru dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik serta amanah bagi dan saling bantu membantu demi menjaga imej Kelab Bola Sepak Serai United ( S.U FC ) dan sukan Bola Sepak Malaysia. Akhir kata dari saya, 

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Sekian.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment