Friday 25 October 2013



KEJOHANAN LIGA SUKAN UNTUK SEMUA(LSUS) PERINGKAT NEGERI KEDAH (ACARA BOLASEPAK 9 SEBELAH PIALA YB TUAN AMINUDDIN BIN OMAR EXCO BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH PADA 26 OKT 2013). PENGANJUR JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH DENGAN KERJASAMA PERSATUAN BOLA SEPAK DAERAH KULIM DAN SERAI UNITED FOOTBALL CLUB (SUFC). SEMUA WARGA KULIM DAN PADANG SERAI SERTA KAWAN-KAWAN FB DIJEMPUT HADIR BAGI MENYAKSIKAN PASUKAN PILIHAN DARI SELURUH DAERAH NEGERI KEDAH.

Wednesday 18 September 2013



Assalamualaikum..

Terima kasih kepada semua ahli Kelab Persatuan Bola Sepak Serai United di atas usaha anda semua serta kejasama yang telah anda berikan. Admin ada cerita baru berkenaan kertas kerja yang telah di hantar kepada Pejabat Exco Sukan Negeri Kedah bagi menganjurkan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah antara daerah-daerah di dalam negeri Kedah. Untuk makluman kepada semua ahli, pihak Exco Negeri Kedah telah pun bersetuju memberi kepercayan kepada Kelab Bola Sepak Serai United untuk menganjurkan pertandingan tersebut pada 2 November 2013 akan datang. Dan pihak Exco telah meletakkan beberapa syarat kepada Persatuan Bola Sepak Serai United dan syarat-syarat tersebut akan dibincangkan dari semasa ke semasa. Dengan peluang yang telah diberikan oleh Exco Negeri Kedah kepada Kelab S.U FC diharapkan semua ahli serta ajk-ajk yang bakal dilantik untuk pertandingan itu nanti dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin bagi nama baik Kelab Bola Sepak Serai United FC
(S.U FC)

Sekian,

"BERSUKAN AMALAN YANG SIHAT"






Tuesday 17 September 2013


Assalamualaikum...

Selamat bertemu kembali. Tamat sudah segala konflik dan spekulasi yang berlaku di dalam Persatuan Kelab Bola Sepak Serai United ( S.U FC ) yang berlaku kebelakangan ini. Setelah sekian lama semua ahli kelab serta ahli jawatankuasa bergelut menghadapi masalah dalaman dan akhirnya masalah ini dianggap sudah pun selesai setelah satu Mesyuarat Agung Tergempar telah diadakan pada 15 September 2013 (Ahad) lalu. Kesemua ahli jawatankuasa baru telah pun dilantik melalui sistem undian yang terdiri daripada ahli-ahli kelab yang hadir pada malam mesyuarat tersebut. Carta Organisasi AJK baru admin akan upload dalam tempoh beberapa hari lagi. Di minta kepada semua ahli jawatankuasa yang baru dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik serta amanah bagi dan saling bantu membantu demi menjaga imej Kelab Bola Sepak Serai United ( S.U FC ) dan sukan Bola Sepak Malaysia. Akhir kata dari saya, 

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Sekian.
Wassalam.

Friday 12 July 2013

TERIMA KASIH 
KEPADA SEMUA AHLI JAWATANKUASA DAN AHLI-AHLI  SUFC KERANA
BEKERJASAMA MELAKSANAKAN PERTANDINGAN
 BOLA SEPAK 9 SEBELAH TERBUKA KALAH SINGKIR
 PIALA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
 PADA 7 JULAI 2013 BERTEMPAT DI PADANG BOLA SEPAK
 TAMAN SERAI WANGI FASA 1 
PADANG SERAI KEDAH. 


 Kesemua Pegawai sedang menanti Perlawanan Akhir 
Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah dimulakan



Ucapan Rasmi yang disampaikan oleh 
YBHG Tuan Haji Aziz B Haji Hamid Pengarah JBSNK


Lagu Negaraku dinyanyikan sebelum bermulanya perlawanan akhir.

 
 

Bergambar kenangan di antara kedua-dua pasukan bersama-sama
Pegawai Jemputan yang hadir sebelum perlawanan dimulakan oleh Pengadil Perlawanan.


Ketua Pasukan memperkenalkan pemain-pemain 
kepada YBHG Tuan Haji Aziz B Haji Hamid Pengarah JBSNK



JUARA Pasukan Dari SG Karangan menjadi Juara pada Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Kalah Singkir Piala Pengarah Belia dan Sukan Negeri Kedah.
 

NAIB JUARA Pasukan Kulim Brother FC dari Pekan Kulim.



Berpuas hati kedua-dua pasukan berkongsi wang tunai RM500 di tempat Ketiga dan Keempat.



Akhir sekali Admin nak ucapkan ribuan Terima Kasih kepada mana-mana pihak yang telah bekerjasama bagi menjalankan aktiviti ini. Terutamanya kepada semua AJK-AJK yang telah dilantik bagi menjalankan tugas dan telah menjalankan tugas dengan begitu baik Jutaan Terima Kasih kepada anda semua. Tidak lupa setinggi-tinggi Perhargaan kepada Skuad Perodua dan Proton yang sudi datang untuk memeriahkan lagi Kejohanan pada kali ini. Sekian sahaja dari Admin. 
Terima Kasih
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 
kepada semua umat islam.


Lepas Raya Jumpa Lain.. Assalamualaikum.  






Tuesday 2 July 2013

PERTANDINGAN FUTSAL 2013

PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP DAERAH KULIM PADA 29 DAN 30 JUN 2013
        SERAI UNITED FOOTBALL CLUB(SUFC) DIBERI KEPERCAYAAN OLEH PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KULIM UNTUK MENGANJURKAN PERTANDINGAN LIGA SUKAN UNTUK SEMUA (LSUS) DAERAH KULIM. PERTANDINGAN LIGA FUTSAL TERTUTUP DAERAH KULIM PADA 29 DAN 30 JUN 2013 BERTEMPAT DI GELANGGANG FUTSAL 1 MALAYSIA TAMAN SERAI WANGI FASA 1 PADANG SERAI KEDAH. PERLAWANAN UNTUK LIGA DIADAKAN PADA 29 JUN MANAKALA KALAH MATI DAN PERLAWANAN AKHIR DIADAKAN PADA 30 JUN 2013.

        KEPUTUSAN JOHAN JATUH KEPADA PASUKAN ARENA, NAIB JOHAN PASUKAN BAKHAZAMAN (B), KETIGA BAKHAZAMAN (A) DAN KEEMPAT PASUKAN KAKI BANGKU.
           Bergambar Pasukan Arena dan Pasukan Bakhazaman B sebelum perlawanan akhir bemula.


    Pengurus Serai United F.C Bersama Pegawai Belia Dan Sukan Kulim Tuan Mohd Qayyum.

Perlawanan diantara Pasukan Bakhazaman (B) dan Arena sedang berlangsung. 


Kerja baik pulih pintu gelangang Futsal.


 Peminat Futsal sedang menyaksikan perlawanan Pasukan masing-masing.



 Peminat yang hadir dari kawasan setempat.


Pengurus Serai United F.C menyampaikan cenderahati kepada Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kulim En Mohd Qayyum.


 Perasmian Kejohanan dirasmikan oleh seorang Pegawai Belia dan Sukan



 Bergambar kedua-dua pasukan bersama Pegawai Belia dan Sukan sebelum perlawanan dimulakan.


 Pengurus Serai United bergmbar bersama Pemain Pasukan Bakhazaman (B).


 Penyampaian hadiah kepada pemenang oleh En Mohd Qayyum dan rakan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim.


 Gambar Kenangan Pasukan Serai United bersama Pengurus Serai Unied F.C.


 Para Urusetia sedang menjalankan tugas masing-masing.


 Ramai peminat-peminat datang menyaksikan pertandingan Futsal di Gelanggang Taman Serai Wangi.


 En Mohd Qayyum menyaksikan Perlawan Akhir besama-sama Pengurus Serai United F.C




Wednesday 19 June 2013


 Pasukan Serai United FC mengadakan perlawan persahabatan di Stadium Mini Pengkalan Hulu




Pasukan ini ( lupa nama pasukan ) telah dinobatkan sebagai Juara Liga Bola Sepak Tertutup Anjuran Kelab Bola Sepak 
Serai United FC. 



Pasukan Serai United bergambar sebelum perlawan persahabatan dimulakan di Yan Kedah.





Bergambar kedua-dua pasukan sebelum perlawanan akhir Liga Tertutup Anjuran Kelab Serai United FC dimulakan.



Saturday 20 April 2013

Pertandingan 9 Sebelah Di Kupang Baling



 Tamat Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah dengan Pasukan PakLang 'A' menewaskan Pasukan PakLang 'B' dengan sepakan penalti..
 Kedua-dua pasukan dari Serai United FC Padang Serai.  



Pengurus Pasukan PakLang 'A dan B'


Veron ( dua dari kanan ) 'Hero' Pasukan PakLang 'B'


Pemain PakLang 'A' menyempurnakan sepakan penalti separuh akhir.


Perbincangan antara pemain-pemain Pasukan PakLang 'A' sebelum perlawan Akhir.

Friday 19 April 2013

PERASMIAN GELANGGANG FUTSAL 1 MALAYSIA TAMAN SERAI WANGI FASA 1

MAJLIS FUTSAL MESRA BELIA PERINGKAT PARLIMEN PADANG SERAI DAN PERASMIAN GELANGGANG FUTSAL 1 MALAYSIA TAMAN SERAI WANGI FASA 1 PADA 10 MAC 2013 HARI AHAD. TELAH DIRASMIKAN OLEH PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH YBHG TUAN HAJI AZIZ BIN HAJI HAMID. TURUT HADIR PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH KULIM, PENGERUSI SURAU NURUL IMAN, JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA TAMAN SERAI WANGI DAN TETAMU JEMPUTAN YANG LAIN.










GELANGGANG FUTSAL 1 MUKIM TAMAN SERAI WANGI PADANG SERAI KEDAH


GELANGGANG FUTSAL 1 MUKIM TAMAN SERAI WANGI PADANG SERAI KEDAH SIAP DIBINA 99%. GELANGGAGNG INI TELAH DIBINA OLEH SYARIKAT KONTRAKTOR MUTIARA KRISTAL DARI TANJUNG BELIT PADANG SERAI. KOS KESELURUHANNYA ADALAH BERNILAI RM 79,000.00. GELANGGANG INI TIDAK DIBEKALKAN LAMPU DAN TANDAS. IANYA HANYA GELANGGANG SAHAJA. LEPAS INI PIHAK PENGURUSAN SUFC AKAN MEMBUAT KERTAS KERJA MEMOHON PEMASANGAN LAMPU DAN TANDAS. INSYAALLAH.