Wednesday 18 September 2013



Assalamualaikum..

Terima kasih kepada semua ahli Kelab Persatuan Bola Sepak Serai United di atas usaha anda semua serta kejasama yang telah anda berikan. Admin ada cerita baru berkenaan kertas kerja yang telah di hantar kepada Pejabat Exco Sukan Negeri Kedah bagi menganjurkan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah antara daerah-daerah di dalam negeri Kedah. Untuk makluman kepada semua ahli, pihak Exco Negeri Kedah telah pun bersetuju memberi kepercayan kepada Kelab Bola Sepak Serai United untuk menganjurkan pertandingan tersebut pada 2 November 2013 akan datang. Dan pihak Exco telah meletakkan beberapa syarat kepada Persatuan Bola Sepak Serai United dan syarat-syarat tersebut akan dibincangkan dari semasa ke semasa. Dengan peluang yang telah diberikan oleh Exco Negeri Kedah kepada Kelab S.U FC diharapkan semua ahli serta ajk-ajk yang bakal dilantik untuk pertandingan itu nanti dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin bagi nama baik Kelab Bola Sepak Serai United FC
(S.U FC)

Sekian,

"BERSUKAN AMALAN YANG SIHAT"






Tuesday 17 September 2013


Assalamualaikum...

Selamat bertemu kembali. Tamat sudah segala konflik dan spekulasi yang berlaku di dalam Persatuan Kelab Bola Sepak Serai United ( S.U FC ) yang berlaku kebelakangan ini. Setelah sekian lama semua ahli kelab serta ahli jawatankuasa bergelut menghadapi masalah dalaman dan akhirnya masalah ini dianggap sudah pun selesai setelah satu Mesyuarat Agung Tergempar telah diadakan pada 15 September 2013 (Ahad) lalu. Kesemua ahli jawatankuasa baru telah pun dilantik melalui sistem undian yang terdiri daripada ahli-ahli kelab yang hadir pada malam mesyuarat tersebut. Carta Organisasi AJK baru admin akan upload dalam tempoh beberapa hari lagi. Di minta kepada semua ahli jawatankuasa yang baru dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik serta amanah bagi dan saling bantu membantu demi menjaga imej Kelab Bola Sepak Serai United ( S.U FC ) dan sukan Bola Sepak Malaysia. Akhir kata dari saya, 

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Sekian.
Wassalam.